Hokkaido Nippon-Ham Fighters
Hokkaido Nippon-Ham Fighters

Hokkaido Nippon-Ham Fighters

Hokkaido Nippon-Ham Fighters (北海道日本ハムファイターズ, Hokkaidō Nippon-Hamu Faitāzu) merupakan pasukan besbol profesional Jepun yang berpusat di Kitahiroshima, Hokkaidō. Pasukan ini beraksi di Liga Pasifik dalam saingan Nippon Professional Baseball (NPB). Gelanggang utama pasukan ini ialah ES CON Field Hokkaido. Pasukan Fighters juga beraksi di beberapa buah bandar di seluruh Hokkaidō termasuklah Hakodate, Asahikawa, Kushiro, dan Obihiro. Nama pasukan ini berasal daripada nama induk organisasi, Nippon Ham, sebuah syarikat pemprosesan makanan Jepun yang utama.Pasukan ini telah ditubuhkan pada 1946 dan Fighters beraksi di Tokyo sebagai gelanggang tuan rumah mereka selama 58 tahun. Mereka beraksi di Tokyo Dome & Stadium Korakuen bersama pasukan dari Liga Pusat, Yomiuri Giants pada tempoh penghujung pasukan Fighters berpusat di Tokyo. Pasukan ini telah merangkul tiga gelaran Japan Series iaitu pada tahun 1962, 2006 dan terkini pada 2016.

Hokkaido Nippon-Ham Fighters

Stadium Es Con Field Hokkaido
Maskot BB, Polly Polaris dan Frep the Fox
Pennant PL 7 (1962, 1981, 2006, 2007, 2009, 2012, 2016)
Pengurus Tsuyoshi Shinjo
Tahun penubuhan 6 November 1945; 77 tahun yang lalu (1945-11-06)
Nama gelaran Nichiham (日ハム, Nippon-ham)
Kemunculan playoff 13 (1981, 1982, 2004, 2006, 2007, 2008, 2009, 2011, 2012, 2014, 2015, 2016, 2018)
Nama lama
  • Nippon-Ham Fighters (1974–2003)
  • Nittaku Home Flyers (1973)
  • Toei Flyers (1954–1972)
  • Tokyu Flyers (1949–1953)
  • Kyuei Flyers (1948)
  • Tokyu Flyers (1947)
  • Senators (1946)
Warna Biru, putih, emas
              
Pengurusan Nippon Ham Co., Ltd
Pengurus Besar Atsunori Inaba
Kejuaraan Japan Series 3 (1962, 2006, 2016)
Lokasi Kitahiroshima, Hokkaido, Jepun
Nombor tidak digunakan
Liga Nippon Professional BaseballLiga Pasifik (1950–kini)Japanese Baseball League (1946–1949)
Pemilikan Yoshihide Haneda
Logo pasukanLencana topi
Fail:Nipponhamfighterslogo.png
Logo pasukanLencana topi
Stadium lama